Majlis Kegiatan Dakwah Islamiah Sekolah (MAKDIS) adalah
sebuah organisasi yang terletak di bawah fungsi Operasi Dakwah Bahagian
Pendidikan Islam (BPI), Kementerian Pelajaran Malaysia. Fungsi MAKDIS adalah
sebagai penyelaras kepada semua kegiatan kokurikulum Pendidikan Islam dalam
bidang dakwah dan kepimpinan yang dilaksanakan di seluruh Sekolah Rendah dan
Menengah di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia.
SEJARAH LATAR BELAKANG
Majlis Kegiatan Dakwah Islamiah Sekolah (MAKDIS)
atau dikenali sebagai Majlis Kegiatan
Agama Sekolah-Sekolah (MAKUS) telah ditubuhkan pada tahun 1979 oleh Bahagian Pelajaran
dan Agama Kementerian Pendidikan dengan Pekeliling Bil,KP.5206/133 (44)
bertarikh 21 mac 1979 yang ditandatangani oleh Pengarah Bahagian Pelajaran
Agama Ustaz Haji Nik Mohyideen Musa.
Mengikut penyusunan semula struktur organisasi JAPIM pada
bulan Oktober 1995, antara fungsi Bahagian Dakwah dan Kepimpinan JAPIM ialah
merancang dan menyelaras Majlis Kegiatan Dakwah Islamiah Sekolah (MAKDIS)
seluruh Negara. Mulai tahun tersebut organisasi ini dengan rasminya telah
menggunakan nama Majlis Kegiatan Dakwah Islamiah Sekolah (MAKDIS).
OBJEKTIF
- Merancang semua aktiviti kokurikulum Pendidikan Islam dalam bidang dakwah dan kepimpinan di semua peringkat.
- Menyelaras dan melaksanakan semua aktiviti kokurikulum Pendidikan Islam dalam bidang dakwah dan kepimpinan di Sekolah Rendah dan Menengah seluruh Negara.
- Memastikan aktiviti kokurikulum Pendidikan Islam dalam bidang dakwah dan kepimpinan dilaksanakan mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh Bahagian Pendidikan Islam (BPI), Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).
SHARE
No comments:
Post a Comment