Saturday 29 April 2017

DOA QUNUT NAZILAH! TANGGUNGJAWAB KITA!

No comments:



DOA QUNUT NAZILAH
SALURKAN BANTUAN KITA KEPADA SAUDARA2 SEISLAM KITA YANG SEDANG BERJUANG!

DOA DHUHA..JOM INGAT BERSAMA-SAMA!

No comments:



DOA DHUHA

AL-MANNA - AJARKAN AKU SETIA ft. USTAZ ELYAS ISMAIL

No comments:


AJARKAN AKU SETIA... SELAMANYA..

INGAT DOA DENGAN BERNASYID

No comments:



INGAT DOA, DENGAN BERLAGU!

DOA PERHIMPUNAN RASMI MINGGUAN SEKOLAH

No comments:



DOA PERHIMPUNAN RASMI MINGGUAN SEKOLAH





Ya Allah Ya Tuhan kami,
Sesungguhnya kami berhimpun pada pagi ini,
Bagi melahirkan rasa kesyukuran,
Di atas kurniaanmu yang tidak ternilai.
Jadikanlah kami hamba-hamba-Mu yang sentiasa bersyukur,
Di atas nikmat yang melimpah ruah kepada kami.

Ya Allah tuhan yang maha bijaksana,
Bukakanlah hati-hati kami,
Lapangkanlah dada kami untuk menerima ilmu dan pengetahuan,
Serta bimbingan dari guru-guru yang kami kasihi.

Ya Allah tuhan yang maha pemurah,
Kurniakanlah kepada kami kesihatan anggota,
Kecergasan minda,
Ketenangan jiwa,
Dan kekuatan semangat.
Semoga dengannya kami mampu mendepani cabaran,
Berdaya saing dan mampu mengangkat martabat diri, keluarga,
Masyarakat dan negara.
Ya Allah ya Rohim,
Jadikanlah negara kami sebuah negara,
Yang mendapat limpahan rahmat dan nikmat.
Kekalkanlah keamanan dan kemakmuran sepanjang zaman.


BERHIBUR TIADA SALAHNYA..

No comments:

NAK BERHIBUR? TIADA SALAHNYA. Islam tidak pernah melarang, selagi mana tidak melanggar syariat Islam. Yang indahnya, hiburan dalam islam akan mendamaikan hati. 

KENALI MAJLIS KEGIATAN DAKWAH ISLAM (MAKDIS)

No comments:

  



PENDAHULUAN


Majlis Kegiatan Dakwah Islamiah Sekolah (MAKDIS) adalah sebuah organisasi yang terletak di bawah fungsi Operasi Dakwah Bahagian Pendidikan Islam (BPI), Kementerian Pelajaran Malaysia. Fungsi MAKDIS adalah sebagai penyelaras kepada semua kegiatan kokurikulum Pendidikan Islam dalam bidang dakwah dan kepimpinan yang dilaksanakan di seluruh Sekolah Rendah dan Menengah di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia.



SEJARAH LATAR BELAKANG


Majlis Kegiatan Dakwah Islamiah Sekolah (MAKDIS) atau  dikenali sebagai Majlis Kegiatan Agama Sekolah-Sekolah (MAKUS) telah ditubuhkan pada tahun 1979 oleh Bahagian Pelajaran dan Agama Kementerian Pendidikan  dengan Pekeliling Bil,KP.5206/133 (44) bertarikh 21 mac 1979 yang ditandatangani oleh Pengarah Bahagian Pelajaran Agama Ustaz Haji Nik Mohyideen Musa.

Mengikut penyusunan semula struktur organisasi JAPIM pada bulan Oktober 1995, antara fungsi Bahagian Dakwah dan Kepimpinan JAPIM ialah merancang dan menyelaras Majlis Kegiatan Dakwah Islamiah Sekolah (MAKDIS) seluruh Negara. Mulai tahun tersebut organisasi ini dengan rasminya telah menggunakan nama Majlis Kegiatan Dakwah Islamiah Sekolah (MAKDIS).



OBJEKTIF

  • Merancang semua aktiviti kokurikulum Pendidikan Islam dalam bidang dakwah dan kepimpinan di semua peringkat.
  • Menyelaras dan melaksanakan semua aktiviti kokurikulum Pendidikan Islam dalam bidang dakwah dan kepimpinan di Sekolah Rendah dan Menengah seluruh Negara.
  • Memastikan aktiviti kokurikulum Pendidikan Islam dalam bidang dakwah dan kepimpinan dilaksanakan mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh Bahagian Pendidikan Islam (BPI), Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).

Rasululllah s.a.w.. wahai purnama..

No comments:


Wahai purnama, wahai purnama,

Yang  indah lagi sempurna,

Bagaimana nak  ku luah dengan kata-kata,

Engkau menyinar di alam tinggi,

Terangi kegelapan dan kebatilan,

Denganmu alam bergemerlapan,

Zahir batin dengan nur nikmat dan kurniaan.

Selawat Allah  ke atasmu selama-lamanya.



PUASA ITU KUAT!!

No comments:
PUASA tidak melemahkan. PUASA AKAN MENAMBAH KEKUATAN ROHANI DAN JASMANI.

Friday 28 April 2017

KATA-KATA SEORANG PEJUANG!!

No comments:

PERJUANGAN MESTI DITERUSKAN. walaupun terpaksa menempuh cabaran yang sangat memeritkan. Semoga segala yang dilakukan mendapat rahmat dan keredhaan Allah s.w.t

Thursday 27 April 2017

KEMPEN SEPANJANG ZAMAN!

No comments:
KEMPEN INI BERLANGSUNG SEHINGGA TIBANYA HARI KIAMAT

InsyaAllah jika semua orang islam laksanakan kempen ini, islam akan terus gemilang di bumi ALLAH S.W.T ini.

JOM CEGAH MUNGKAR BERSAMA-SAMA! :)

Monday 24 April 2017

ISRAK MIKRAJ...BUKAN SEKADAR PERJALANAN LUARBIASA!

No comments:

ISRAK MIKRAJ SEBUAH "HADIAH ISTIMEWA" BUAT RASULULLAH S.A.W. IA JUGA MEMBAWA HADIAH KEPADA KITA IAITU PERJUMPAAN KHAS HAMBA-NYA YANG BERIMAN 5 KALI SEHARI YANG DINAMAKAN SEBAGAI SOLAT.

BERGEMBIRALAH! JADIKAN KISAH INI SEBAGAI SEMANGAT UNTUK TERUS MELAKSANAKAN IBADAT SOLAT DENGAN CARA YANG TERBAIK! ALHAMDULILLAH :)

DOA MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN KURIKULUM

No comments:


DOA MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN KURIKULUM

 

Ya Allah Ya Karim Ya Wadud
Kami memanjatkan kesyukuran kepada-Mu kerana mengizinkan kami untuk mengadakan Majlis Anugerah .................................pada pagi yang penuh keberkatan ini.
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kami memohon kepada-Mu, agar Engkau berkati majlis ini dengan limpahan rahman dan rahim-Mu, semoga segala usaha kami dalam menjayakan majlis ini mendapat keredhaan dan hidayah-Mu. Engkau anugerahilah kerahmatanMu kepada para pendidik yang telah lama menyumbang khidmat dan menabur bakti mereka di sekolah yang bertuah ini .
Disaat ini juga kami rafa’kan tangan kehambaan mengharapkan ihsan-Mu agar Engkau teruskan dan lanjutkan kecemerlangan yang sudah kami capai sama ada dalam bidang kokurikulum mahupun aspek pembinaan sahsiah insan dan seterusnya menganugerahkan kepada kami kecemerlangan demi kecemerlangan yang lebih bermakna dalam pelbagai bidang pada masa-masa akan datang.

Ya Allah , Ya Ghaniyyu Ya Hamid ,
Jadikanlah pelajar-pelajar yang menerima hadiah dan sijil penghargaan pada hari ini sebagai pelajar-pelajar yang bersyukur di atas pengiktirafan ini. Malah kami memohon daripada-Mu Ya Allah dengan penuh kehambaan agar majlis anugerah ini akan menjadi sumber inspirasi kepada pelajar-pelajar lain supaya mereka sama-sama mengerah keringat dan menggembleng tenaga untuk mencapai kecemerlangan demi mengharumkan nama sekolah ini.
 
 
Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger