e-buku yang membincangkan dan cuba merungkai isu bidaah yang berlaku di Malaysia. Semoga mendapat manfaat.
SILA KLIK DISINI UNTUK MUAT TURUN
atau link dibawah:
https://drive.google.com/file/d/0B0o1zD4gIP7DODhoLUFqYjRmcm8/view
TERKINI
Friday, 18 August 2017
Sunday, 6 August 2017
Saturday, 27 May 2017
KULIAH 3 MINIT: RAMADAN YANG DINANTI-NANTIKAN
KULIAH 3 MINIT: RAMADAN YANG
DINANTI-NANTIKAN
Marilah kita ucapkan “Ahlan wa
sahlan Ya Ramadan”; Selamat datang wahai Ramadan, bulan yang penuh dengan
kerahmatan, keampunan dan keberkatan. Rasulullah dan para sahabat
menunggu-nunggu kehadiran bulan Ramadan. Demikian juga dengan Salaf al-Saleh.
Mereka amat merindui Ramadan bahkan mereka menanti-nanti kedatangan Ramadan
sejak dari bulan Safar lagi. Jika Ramadan bukan bulan yang amat istimewa, sudah
tentu mereka tidak akan menanti-nanti kedatangannya. Terlalu banyak tawaran
yang ditawarkan oleh Allah dalam bulan Ramadan. Pahala berganda dan keampunan
Allah terbuka luas. Ubadah bin Samit r.a meriwayatkan bahawa pada suatu hari
ketika Ramadan hampir tiba Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Telah datang kepadamu bulan
Ramadan, di mana Allah melimpah ruahkan di dalamnya dengan keberkatan,
menurunkan rahmat, mengampuni dosa-dosa kamu, memakbulkan doa-doa kamu.
(HR Tabrani)
Inilah tawaran yang cukup
hebat disebabkan bulan Ramadan yang mulia ini. Bulan yang membawa sejuta
rahmat, keampunan dan mudahnya doa dimakbulkan serta berbagai-bagai lagi
tawaran Allah sempena Ramadan. Justeru, sekiranya manusia tahu akan kelebihan
bulan Ramadan ini, sudah tentulah mereka akan mengharapkan sepanjang tahun
adalah Ramadan. Inilah bulan untuk mengaut keuntungan pahala yang berlipat
ganda, sebagai bekalan di akhirat nanti, bulan untuk meningkatkan lagi amal
ibadah dan mendekatkan diri kepada Allah. Amat malang jika kedatangan bulan
Ramadan tidak dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya atau dipersia-siakan. Oleh
itu, jauhkan diri dari perkara-perkara yang boleh mengurangkan pahala puasa. Jagalah penglihatan,
pendengaran dan peliharalah lidah daripada melakukan perkara perkara keji dan
haram. Perbaikilah akhlak dan tingkah laku di bulan puasa. Hormatilah bulan Ramadan
seperti kita menghormati tetamu yang mulia. Jangan cemarkan kesucian bulan Ramadan
seperti tidak berpuasa atau makan di khalayak ramai. Ingatlah, jika sehari kita
meninggalkan puasa di bulan Ramadan, kita tidak dapat menebusnya kembali
walaupun berpuasa sepanjang tahun.
Sempena dengan kedatangan
Ramadan pada tahun ini, marilah kita merebut peluang keemasan ini dengan menjadikan
seluruh kehidupan kita sebagai ibadat kerana ganjaran pahala dan upahnya amat
besar. Kalaulah kita diumpamakan sebagai seorang pekerja dan ditawarkan dengan
upahnya yang lumayan, sudah tentu pekerja itu tidak akan melepaskan peluang
yang ada. Dia pasti akan bekerja bersungguh-sungguh. Oleh itu, jadilah pekerja
yang beruntung.
Mudah-mudahan Allah menyirami
hati kita dengan nur hidayah sehingga menjadikan hati-hati kita amat merindui
dan mencintai Ramadan. Jika belum terdetik sedikitpun perasaan itu di dalam
hati kita, maka mohonlah kepada Allah dengan keberkatan Ramadan supaya Allah pancarkan
nur hidayah-Nya untuk mencintai Ramadan.
Monday, 15 May 2017
Saturday, 6 May 2017
HADIS HARI INI: MUKMIN YANG TERPELIHARA
HADIS HARI INI: MUKMIN YANG TERPELIHARA
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ نَفَّسَ عَنْ مُؤْمِنٍ كُرْبَةً مِنْ كُرَبِ الدُّنْيَا نَفَّسَ اللَّهُ عَنْهُ كُرْبَةً مِنْ كُرَبِ يَوْمِ الْقِيَامَةِ وَمَنْ يَسَّرَ عَلَى مُعْسِرٍ يَسَّرَ اللَّهُ عَلَيْهِ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ وَمَنْ سَتَرَ مُسْلِمًا سَتَرَهُ اللَّهُ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ وَاللَّهُ فِي عَوْنِ الْعَبْدِ مَا كَانَ الْعَبْدُ فِي عَوْنِ أَخِيهِ وَمَنْ سَلَكَ طَرِيقًا يَلْتَمِسُ فِيهِ عِلْمًا سَهَّلَ اللَّهُ لَهُ بِهِ طَرِيقًا إِلَى الْجَنَّةِ وَمَا اجْتَمَعَ قَوْمٌ فِي بَيْتٍ مِنْ بُيُوتِ اللَّهِ يَتْلُونَ كِتَابَ اللَّهِ وَيَتَدَارَسُونَهُ بَيْنَهُمْ إِلَّا نَزَلَتْ عَلَيْهِمْ السَّكِينَةُ وَغَشِيَتْهُمْ الرَّحْمَةُ وَحَفَّتْهُمْ الْمَلَائِكَةُ وَذَكَرَهُمْ اللَّهُ فِيمَنْ عِنْدَهُ وَمَنْ بَطَّأَ بِهِ عَمَلُهُ لَمْ يُسْرِعْ بِهِ نَسَبُهُ
Dari Abu Hurairah dia berkata; Rasulullah SAW telah bersabda: 'Barang siapa membebaskan seorang mukmin dari suatu kesulitan dunia, maka Allah akan membebaskannya dari suatu kesulitan pada hari kiamat. Barang siapa memberi kemudahan kepada orang yang berada dalam kesulitan, maka Allah akan memberikan kemudahan di dunia dan akhirat. Barang siapa menutupi aib seorang muslim, maka Allah akan menutup aibnya di dunia dan akhirat. Allah akan selalu menolong hamba-Nya selama hamba tersebut menolong saudaranya sesama muslim. Barang siapa menempuh jalan untuk mencari ilmu, maka Allah akan memudahkan jalan ke syurga baginya. Tidaklah sekelompok orang berkumpul di suatu masjid (rumah Allah) untuk membaca Al-Quran, melainkan mereka akan diliputi ketenangan, rahmat, dan dikelilingi para malaikat, serta Allah akan menyebut-nyebut mereka pada malaikat-malaikat yang berada di sisi-Nya. Barang siapa yang ketinggalan amalnya (kurang), maka keturunannya tidak akan dapat meninggikannya (menambah amalnya).' (HR Muslim No: 4867) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Mukmin yang membebaskan mukmin lain dari suatu kesulitan di dunia, nescaya Allah akan membebaskannya dari suatu kesulitan pada hari kiamat.
2. Mukmin yang memberi kemudahan kepada orang yang berada dalam kesulitan semasa di dunia, nescaya Allah akan memberikan kemudahan kepadanya di dunia dan akhirat.
3. Mukmin yang menutupi aib seorang muslim semasa di dunia, maka Allah akan menutup aibnya di dunia dan akhirat.
4. Allah akan menolong sesiapa yang menolong saudara muslim yang lain.
5. Sesiapa yang menempuh jalan untuk mencari ilmu, maka Allah akan memudahkan jalan ke syurga baginya.
6. Orang yang berkumpul di masjid untuk membaca Al-Quran, Allah akan mengurniakan ketenangan, rahmat, dan dikelilingi para malaikat, serta Allah akan menyebut-nyebut mereka pada malaikat-malaikat yang berada di sisi-Nya.
7. Barang siapa yang kurang amalnya semasa di dunia, maka keturunannya tidak akan dapat menambah amalnya. (Amal kita spt solat, puasa adalah tanggung jawab kita).
Tuesday, 2 May 2017
HADIS HARI INI : PERSIAPKAN AMALAN PUASA DAN SOLAT SUNAT DI BULAN SYAABAN
HADIS HARI INI: Persiapkan Amalan Puasa dan Solat Sunat Di bulan Syaaban
عَنْ أَبِي سَلَمَةَ أَنَّ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا حَدَّثَتْهُ قَالَتْ لَمْ يَكُنْ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَصُومُ شَهْرًا أَكْثَرَ مِنْ شَعْبَانَ فَإِنَّهُ كَانَ يَصُومُ شَعْبَانَ كُلَّهُ وَكَانَ يَقُولُ خُذُوا مِنْ الْعَمَلِ مَا تُطِيقُونَ فَإِنَّ اللَّهَ لَا يَمَلُّ حَتَّى تَمَلُّوا وَأَحَبُّ الصَّلَاةِ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا دُووِمَ عَلَيْهِ وَإِنْ قَلَّتْ وَكَانَ إِذَا صَلَّى صَلَاةً دَاوَمَ عَلَيْهَا
Dari Abu Salamah bahawa 'Aisyah RA menceritakan kepadanya, katanya: "Rasulullah SAW tidak pernah melaksanakan puasa lebih banyak dalam sebulan selain bulan Syaaban, yang Baginda melaksanakan puasa bulan Syaaban seluruhnya. Baginda bersabda: "Lakukanlah amal-amal yang kalian sanggup melaksanakannya, kerana Allah tidak akan berpaling (dalam memberikan pahala) sampai kalian yang lebih dahulu berpaling (dari mengerjakan amal) ". Dan solat yang paling Nabi SAW cintai adalah solat yang dijaga kesinambungannya sekalipun sedikit. Dan Baginda bila sudah biasa melaksanakan solat (sunnat) baginda menjaga kesinambungannya". (HR Bukhari No: 1834) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Rasulullah SAW melaksanakan puasa sunat paling banyak pada bulan Syaaban untuk kita contohi.
2. Laksanakanlah setiap amal kita semampunya dengan istiqamah, kerana Allah sentiasa memberikan ganjaran pahala.
3. Solat sunat yang Nabi SAW cintai ialah yang dilakukan secara istiqamah walaupun sedikit.
4. Pelihara solat sunat mengiringi waktu, duha, tahajud, witir dan lain-lain walaupun hanya dua rakaat.
Marilah kita berterusan melaksanakan puasa sunat serta solat sunat di bulan Syaaban ini khususnya sebagai persiapan menemui bulan Ramadan. Semoga kebiasaan yang kita lakukan pada bulan ini akan berterusan di bulan Ramadan.
PROGRAM MAKDIS : LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KELANTAN DAN TERENGGANU 2017
LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KELANTAN DAN TERENGGANU
TARIKH: 14 APRIL HINGGA 16 APRIL 2017
PESERTA: 30 ORANG PELAJAR ISLAM
GAMBAR SEPANJANG PROGRAM:
TERIMA KASIH kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program perdana yang julung-julung kali diadakan dibawah MAKDIS dan SURAU SMK HORLEY METHODIST TELUK INTAN
Saturday, 29 April 2017
DOA QUNUT NAZILAH! TANGGUNGJAWAB KITA!
DOA QUNUT NAZILAH
SALURKAN BANTUAN KITA KEPADA SAUDARA2 SEISLAM KITA YANG SEDANG BERJUANG!
Subscribe to:
Posts (Atom)